Struktur Polis (Yunani Purba)

Ciri fizikal

Kawasan yang dikelilingi dalam sempadan kota ini disebutkan sebagai ásty (Bahasa Greek: ἄστυ):[2] ia dibahagikan kepada akropolis yang bertindak sebagai kubu pusat serata wilayah dan khora (χώρα) iaitu kawasan luar pusat kota.

Status

Negara-negara kota ini boleh mandiri atau merdeka dengan sendirinya bergantung kepada situasi politik, sepertimana yang dialami Samos, Priene, Miletos dan Athens sendiri.[3]

Prasarana

  • Agora: tempat pertemuan terbuka untuk golongan awam terutamanya untuk berbicara dengan para penguasa
  • Gymnasion: tapak-tapak khusus digunakan warga kota untuk tujuan riadah sukan
  • Théatron (θέατρον): panggung-panggung diadakan persembahan pertunjukan bercerita kepada orang awam sebagai bentuk hiburan
  • Kuil: sebagai titik tumpu sesebuah negara kota melalui pemujaan dewa, dewi atau pahlawan disanjung para warga kota (lihat heroon)